Interaksi manusia Lagu paus

Walaupun sesetengah pemerhati mencadangkan bahawa tarikan yang melampau diberikan pada lagu paus hanyalah kerana paus berada dalam air, kebanyakan pakar sains laut percaya bahawa bunyi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kesihatan cetaceans. Ia boleh dipertikaikan bahawa mereka yang menentang pemburuan paus mempunyai (anthropomorphize) tabiat paus sebagai mengukuhkan kes mereka. Pada masa yang sama juga, negara menyokong pemburuan paus lebih cenderung meremahkan erti bunyi lagu paus, menyatakan bahawa tidak siapa peduli bunyi kerbau "menguak".

Penyelidik seringkali menggunakan hidrofone (seringkali diubah suai daripada kegunaan asal ketenteraan mereka bagi menjejak kapal selam) bagi memastikan kedudukan tepat asal lagu paus. Kaedah mereka membenarkan mereka juga mengesan berapa jauh bunyi bergerak dalam lautan. Penyelidikan oleh Dr Christopher Clark dari Universiti Cornell dilakukan dengan menggunakan data ketenteraan selama tiga puluh tahun menunjukkan bahawa bunyi paus bergerak sejauh sehingga 3,000 km. Selain memberikan maklumat mengenai penghasilan lagu, data ini membenarkan penyelidik mengikuti laluan pemindahan paus melalui musim menyanyi (mengawan).

Sebelum pengenalan kepada penghasilan bunyi manusia, Clark menyatakan bahawa bunyi ini mungkin bergerak dari sebelah laut sehingga kesebelah sana laut. Penyelidikannya menunjukkan bahawa bunyi latar belakang (ambient) daripada bot berganda setiap abad. Ini memberi kesan mengurangkan separuh jarak bunyi paus. Mereka yang mempercayai bahawa lagu paus adalah penting bagi mengekalkan jumlah paus amat bimbang dengan peningkatan bunyi latar ini. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa peningkatan laluan bot, sebagai contoh di persisiran pantai Vancouver, telah menyebabkan sesetengah Orca menukar frekuensi dan meningkatkan amplitude bunyi mereka, dalam apa yang kelihatannya, usaha membuatkan mereka di dengari. Pencinta alam sekitar bimbang bahawa aktiviti bot sebegitu memberi tekanan yang tidak diperlukan kepada haiwan selain menyukarkan mereka mencari pasangan.

Voyager Golden Record membawa lagu paus ke angkasa lepas bersama bunyi lain mewakili planet bumi.